Friday, November 26, 2010

Home » , » Blueberry Cheese Tart

Blueberry Cheese Tart

recipe image



Bahan-bahan


Pastri

250gm mentega
60gm gula icing
1 biji telur
1 biji kuning telur
420gm tepung gandum
1 sudu makan susu tepung (optional)
1 sudu teh esen vanilla


Filling

250gm cream cheese
50gm mentega
60gm gula kastor
1 biji telur
3 sudu besar whipping cream
Sedikit blueberry filling (mashed) secukupnya




Cara-cara membuat pastri:-
  1. Pukul mentega dan gula icing sehingga rata.  Tidak perlu pukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.  Pukul hingga telur sebati dengan adunan mentega tadi.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan susu tepung sekiranya susu tepung digunakan.  Uli menggunakan tangan dengan perlahan.
  4. Simpan adunan pastri ini ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam untuk merehatkan adunan pastri dan proses ini akan dapat mengelakkan pastri mengecut bila dibakar.
  5. Setelah 1 jam, kuarkan adunan dan canai mengikut ketebalan yang diingini.  Masukkan ke dalam acuan mini tart dan cucuk dengan garpu.
  6. Bakar dengan kepanasan 160 ºc sehingga kekuningan (separuh masak)

Cara-cara membuat Filling Keju:-
  1. Pukul cream cheese, mentega dan gula kastor sehingga sebati.
  2. Masukkan telur dan whipping cream.  Pukul sebentar sehingga adunan telur dan whipping cream sebati.

Cara-cara membuat blueberry cheese tart:-
  1. Masukkan blueberry filling ke dalam kulit pastri yang telah dibakar dan diikuti dengan adunan cheese.
  2. Lorekkan sedikit blueberry filling di atas adunan cheese.
  3. Bakar pada suhu 180ºc selama 10 - 15 minit bergantung kepada oven masing-masing.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...