Wednesday, March 16, 2011

Home » Spageti Udang Bercili

Spageti Udang Bercili


Spageti Udang Bercili
BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih (cincang)
3 helai daun selasih (cincang)
1 tangkai cili merah (cincang)
120 gm spageti
150 gm udang harimau
30 ml minyak zaitun
Garam
Serbuk lada hitam
30 ml stok ikan

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus spageti hingga empuk dan rendam dengan air paip. Kemudian tuskan.
2. Gaulkan dengan minyak zaitun. Kalau tiada minyak zaitun, bolehlah gunakan minyak jagung.
3. Panaskan minyak zaitun ataupun minyak jagung dalam kuali dan tumis bawang putih dan cili sehingga naik bau dan masukkan stok ikan dan masak dengan api yang perlahan selama tiga minit.
4. Masukkan spageti dan perisakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
5. Dalam kuali yang berasingan, panaskan sedikit minyak dan panggang udang sehingga masak dan masukkan  ke dalam spageti dan gaul rata
Sumber : sajionline

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...