BAHAN A:
2 batang serai (ketuk)
3 ulas bawang merah (kisar)
1 labu bawang putih (kisar)
2 labu bawang besar (hiris)
BAHAN LAIN:
20 tangkai cili kering (kisar)
500 ml air rebusan ayam
1 liter air
500 ml air kelapa muda
1/2 kg ayam (potong sederhana)
3 sudu besar pes tomyam
200 ml santan
5 helai daun limau purut
Sedikit gula, garam dan perahan air limau
BAHAN HIASAN:
Daun ketumbar
Cendawan butang hiris
Limau kasturi
Isi kelapa muda
Cili kisar
Kek ikan
Daun ketumbar
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A hingga kekuningan. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan biarkan seketika.
2. Kemudian masukkan air, air rebusan ayam dan air kelapa muda.
3. Masukkan pes tomyam dan potongan ayam setelah mendidih.
4. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan.
5. Masukkan gula, garam dan perahan air limau secukup rasa dan biarkan mendidih.
6. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan bolehlah dihidangkan bersama mihun atau laksa dengan bahan hiasan lain
Sumber : sajionline
No comments:
Post a Comment