BAHAN A:
1 kg daging kambing
1/2 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 cawan santan
1 1/2 cawan air
Sedikit rempah empat sekawan
Sedikit minyak masak
Garam
BAHAN B:
3 tangkai cili hijau (mayang)
1 tangkai cili merah (mayang)
3 tangkai daun pudina
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
3 cm halia
Sedikit gula merah
CARA MENYEDIAKAN:
1. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama rempah empat sekawan sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan daging kambing, kicap pekat, sos tomato dan lada hitam. Tuangkan air secukupnya.
3. Setelah daging empuk, masukkan santan dan tambahkan garam secukup rasa. Apabila mendidih, masukkan pula bahan B. Masak sehingga pekat.
Sumber : sajionline
No comments:
Post a Comment