Friday, March 4, 2011

Home » , » Kuih Lapis Pisang

Kuih Lapis Pisang


BAHAN A:
240 gm tepung beras
190 gm tepung ubi
BAHAN B:
500 ml santan cair
300 ml air
BAHAN C:
350 gm gula
600 ml santan pekat
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
BAHAN D:
800 gm pisang | hiris kecil
Sedikit pewarna hijau, merah, kuning
Cara Menyediakan:
1.Satukan kesemua bahan A. Gaulkan rata.
2. Didihkan bahan B dan kacau perlahan-lahan di atas api. Kemudian tuangkan santan ke dalam adunan A tadi.
3. Didihkan pula bahan C dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan ke dalam adunan A.
4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Kemudian titiskan sedikit pewarna merah, hijau, kuning dan dalam setiap bahagian, biarkan satu bahagian berwarna putih.
5. Ambil bekas pembakar empat segi dan tuangkan sedikit adunan merah di dalamnya.Kukus selama 5 minit dan keluarkan. Taburkan hirisan pisang di atasnya.
6. Kemudian tuangkan pula lapisan berwarna kuning dan kukus lagi selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai lapisan demi lapisan diselang-seli dengan hirisan pisang.
Sumber : sajionline

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Blog Archive

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...