BAHAN-BAHAN:
200 gm lala bambu
3 tangkai cili padi (hiris halus)
1/2 sudu besar udang kering
3 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil tepung jagung
Gula dan garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan minyak ke dalam kuali, tumiskan bawang putih, udang kering, cili padi dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan pula sos tiram,air, gula, garam serta lala bambu.
3. Goreng sehingga lala masak dan gaul sebati sebelum diangkat dan dihidangkan
Sumber ; sajionline
No comments:
Post a Comment